34.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Bella nafi tuduhan tidak matang tangani isu ‘penyondol’

Mesti Baca

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah menepis tuduhan netizen yang mendakwanya tidak matang dalam menangani isu ‘penyondol’ membabitkan rumah tangganya.

Malah ibu kepada anak dua itu turut dituduh masih masih tidak ‘move on’.

Isu berkenaan timbul selepas Bella tampil dengan beberapa kenyataan ‘panas’ sebaik sahaja menyedari kehadiran pelakon Sophia Albarakbah pada sebuah program realiti membabitkan suaminya, Aliff Aziz sebelum ini.

Bella berkata, dia kini mahu fokus dalam memberikan yang terbaik buat keluarga, sekali gus meletakkan kepercayaan terhadap suaminya.

“Bercakap soal status, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Bagi saya, kalau boleh mahu lepaskan sahaja perkara itu. 

“Selepas kenyataan itu, Aliff ada memujuk secara peribadi, kalau boleh saya tidak mahu sedih-sedih lagi.

Advertisements

“Tidak ada rasa tidak selamat sebab saya sudah cukup dewasa.

“Kalau ada orang kata saya tidak percayakan Aliff, silap. Saya meletakkan kepercayaan kepadanya. Sebab itu saya beri Aliff peluang kedua,” katanya.

Artis bernama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu turut meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan kurang senang dengan kenyataan dikeluarkannya membabitkan aktres berkenaan.

“Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan hantaran saya sebelum ini hingga ada yang kata saya kurang matang.

“Saya harap yang terbaik dan tak mahu sedih lagi. Saya mahu ‘tutup buku’.

“Saya juga mahu bersikap positif sahaja sekarang ini,” katanya. – Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan