31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jakim ambil tindakan pegawai terlibat politik

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil serius laporan terhadap aduan yang melibatkan penyertaan pegawainya dalam aktiviti politik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, beliau telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib Jakim untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jakim ingin merujuk is tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawai dalam aktiviti politik.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kenyataan Jakim ini dipercayai merujuk kepada penglibatan seorang pegawai kanan jabatan itu dalam aktiviti sebuah parti politik termasuk memuat naik hantaran bersifat ekstremis agama. 

Sementara itu, Hakimah turut menasihatkan warga Jakim supaya kekal patuh kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan jabatan tersebut.

“Sebagaimana yang sering dingatkan, semua warga kerja Jakim dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuatkuasa.

“Selain itu, semua turut diingatkan agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan