32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kapten Jepun bakal perkuat Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL membuat kejutan apabila mengemukakan bidaan sebanyak RM94.5 juta bagi mendapatkan kapten skuad kebangsaan Jepun, Wataru Endo dari kelab Jerman, Vfb Stuttgart.

Tawaran tersebut dilapor telah dipersetujui Stuttgart dengan pemain berusia 30 tahun itu dijangka berada di Merseyside hari ini bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pengarah Sukan Liverpool, Jorge Schmadtke sememangnya mengenali bintang Jepun tersebut kerana sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sama ketika bersama kelab Bundesliga, Vfl Wolfsburg.

Endo berada di Stuttgard selama tiga musim dan melakukan 133 penampilan untuk kelab tersebut namun kontraknya di kelab Jerman itu berbaki kurang setahun.

Advertisements

Usaha mendapatkan Endo dilakukan selepas The Reds kehilangan tonggak di jentera tengah seperti Jordan Henderson dan Fabinho yang berhijrah ke Arab Saudi.

Sementara itu, Liverpool turut berminat membawa pemain muda Bayern Munich, Ryan Gravenberch ke Anfield.

Aksi pemain tengah berusia 21 tahun itu terbatas musim lalu dengan hanya tiga penampilan dalam Bundesliga dan mungkin akan meninggalkan Bayern musim panas ini.

Liverpool dilapor turut berminat mendapatkan Sofyan Amrabat dari Fiorentina dan Cheick Doucoure (Crystal Palace) selepas sasaran utama, Moises Caicedo menyertai Chelsea sementara Romeo Lavia turut akan ke Stamford Bridge. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan