27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

JDT Racing Team bakal sertai ARRC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bersedia meluaskan jenamanya dalam bidang sukan apabila bakal membentuk pasukan JDT Racing Team yang akan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Johor Southern Tigers menerusi Facebook berkata, pasukan baharu tersebut akan membariskan pelumba berpengalaman, Hafizh Syahrin Abdullah sebagai pelumbanya bermula musim depan.

“Jenama Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia, Hafizh Syahrin mulai 2024.

“JDT Racing Team akan bermula di pertandingan ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) kelak,” katanya malam tadi.

Advertisements

JDT sebelum ini telah pun menceburi beberapa bidang sukan termasuk futsal, polo, tinju dan hoki ais.

“Usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram Story berkongsi jawapan yang diberikan pada 2020 jika Tunku Mahkota Johor (JDT) itu berminat menaja Hafizh Syahrin.

“Saya sentiasa mempunyai impian besar tetapi saya tidak mempunyai perancangan untuk diri sendiri,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan warganet. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan