29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

JDT Racing Team mula congak langkah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JDT Racing Team menunjukkan kesungguhan dalam membentuk pasukan yang mampu bersaing dalam kejohanan Asia Road Racing Championship musim depan.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JDT), satu sesi pertemuan telah diadakan antara Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim bersama pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Pertemuan tersebut turut dihadiri pengurus teknikal JDT Racing Team, Valeriano Rodriguez bagi berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.

Tunku Ismail berkenan membawa mereka melawat garaj kereta dan motosikal milik Tunku Mahkota Johor tersebut.

“Bulan lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan niat untuk memasuki arena perlumbaan motosikal dengan pelumba terkemuka Malaysia itu.

Advertisements

“JDT Racing Team akan bermula di pertandingan ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak,” katanya, semalam.

JDT sebelum ini telah pun menceburi beberapa bidang sukan termasuk futsal, polo, tinju dan hoki ais.

Sementara itu, Hafizh Syahrin turut berkongsi sesi pertemuan tersebut di Facebook rasmi bekas pelumba Moto2 negara itu.

“Darah buatkan kita berhubungan, kesetiaan menjadikan jika keluarga,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan