31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lagi premis makanan ‘jijik’ di ibu negara diarah tutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi premis makanan dikenakan arahan penutupan oleh pihak penguatkuasa menerusi Operasi Sepadu Bersih dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, telah memeriksa sebanyak 45 premis makanan dan minuman.

DBKL menerusi kenyataan berkata, kali ini operasi dijalankan di sekitar Pinacle Mall; Jalan Sri Hartamas 7 dan 8 dan Medan Selera Jalan Duta; Jalan Mastiara dan Plaza Pantai.

“Selain arahan penutupan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28(1) WPKL 2016 ke atas sebuah premis makanan terbabit, sebanyak 34 kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua premis yang dikenakan kompaun terbabit akan disiasat di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979.

“Kesalahan yang dikesan dalam operasi kali ini sepertimana operasi sebelumnya iaitu pekerja tidak ambil suntikan tifoid, premis kotor, pengendalian bahan mentah yang tidak terurus, salah guna lorong belakang.

Advertisements

“Selain itu, turut dikesan terdapat haiwan, serangga perosak di dalam premis dan perangkap minyak tidak diselenggara,”katanya.

Ujar DBKL, aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman perlu diberi perhatian serius oleh semua operator di dalam industri ini.

“Ini adalah demi kemaslahatan semua pihak bahkan mampu menjadi daya penarik kepada perniagaan yang dijalankan.

“Sehubungan dengan itu, janganlah tunggu sampai petugas DBKL datang baru nak dibersihkan bagi mengelakkan perniagaan terjejas,”katanya.

Operasi berkenaan telah dijalankan dengan kekuatan seramai 38 orang petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan