27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wujud elaun sewa rumah kepada mahasiswa – Dr Akmal

Pemuda UMNO juga mencadangkan agar penetapan harga siiling rumah sewa di kawasan sekitar universiti diwujudkan agar tidak ada pemilik rumah yang menaikkan harga sewa sewenang-wenangnya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan elaun sewa rumah kepada mahasiswa yang tidak mendapat kemudahan penginapan asrama.

Ketuanya Dr. Akmal Saleh berkata, elaun itu boleh diberikan kepada mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar penetapan harga siiling rumah sewa di kawasan sekitar universiti diwujudkan agar tidak ada pemilik rumah yang menaikkan harga sewa sewenang-wenangnya.

Cadangan itu susulan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju untuk menaikkan kadar elaun sara hidup bagi pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Terima kasih PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang bersetuju untuk menaikkan kadar elaun sara hidup bagi pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Advertisements

“Kami mohon juga untuk melihat isu asas bagi adik-adik mahasiswa yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan iaitu isu penempatan tempat tinggal mereka di universiti,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Akmal, pihaknya telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk menangani isu penempatan dan kadar sewa penginapan mahasiswa.

Pemuda UMNO kata Akmal, pihaknya juga bersedia untuk membawa perbincangan tersebut dengan lebih lanjut bersama pihak berwajib.

Semalam Anwar dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.

Menurut Perdana Menteri kenaikan kadar elaun itu akan dinikmati golongan pelajar berkenaan mulai 1 Julai ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan