25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

KJ beri bayangan tolak pelawaan Muhyiddin sertai PN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi bayangan beliau menolak pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu (Bersatu).

Menerusi podcastKeluar Sekejap‘ Khairy berkata, pemimpin utama Bersatu itu meminta beliau memikir semula tawaran yang diberikan susulan pandangan yangn diberikan pada perjumpaan Isnin lalu.

Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, biarpun sudah mempunyai jawapan namun Muhyiddin memberikan masa kepada Khairy untuk berfikir.

“Jadi saya telah jumpa dengan beliau, beri pandangan dan beliau telah minta supaya saya fikir lagilah. Dan saya pun telah setuju untuk fikir lagi dan minta beliau sedikit masa. 

“Itu jawapan dialah. Bagi saya (sudah) ada (jawapan muktamad) tapi beliau minta supaya saya fikir lagi,” katanya.

Advertisements

Khairy berkata, Muhyiddin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu bersetuju menyertai mereka.

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempelawa Khairy untuk terlibat dalam kempen mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya berhutang dengan Muhyiddin, berhutang jawapan. Beliau telah menawarkan keahlian dalam parti Bersatu dan juga menawarkan peluang kepada saya terlibat dalam PRN.

“Di DUN (Dewan Undangan Negeri) belum lagi bubar mungkin ada sedikit masa untuk apa-apa berlaku. Bagi saya ada (keputusan muktamad) tapi bila pemimpin yang saya sanjungi minta supaya fikir lagi, kita fikir lagilah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan