24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

Dewan Negara lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANG Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 yang bertujuan memantapkan badan penyelia berkenaan melalui penstrukturan semula dan pewujudan jawatan utama diluluskan di Dewan Negara, hari ini.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Ewon berkata pembahagian kuasa, lantikan dan penyusunan semula penjawatan akan dilaksanakan.

Jawatan pengerusi eksekutif yang sebelum ini mentadbir dan mengawas suruhanjaya berkenaan akan distruktur menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala timbalan pengerusi akan ditukar kepada timbalan CEO, katanya.

Tambahan dua lagi perjawatan timbalan CEO juga akan diwujudkan, di samping jawatan baharu pengerusi lembaga, empat ex-officio dan enam ahli lembaga pengarah (satu telah dilantik).

Ewon berkata, perjawatan yang melibatkan lantikan oleh menteri berkaitan sektor koperasi adalah bagi memastikan penyumbang utama gerakan koperasi dan hanya mereka yang layak dilantik, mencakupi setiap sektor dan wilayah di seluruh negara.

Advertisements

“Ahli lembaga pengarah yang telah dilantik adalah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (Datuk Mohd Ali Mansor) yang memang terlibat dengan gerakan koperasi dalam sektor latihan.

“Kita juga mengambil kira pandangan gerakan koperasi di negara ini sama ada di Sarawak, Sabah, koperasi bumiputera dan bukan bumiputera serta gerakan yang telah berjaya. Ini juga kita pertimbangkan,”katanya.

Beliau berkata, pindaan yang melibatkan kuasa menteri menamatkan lantikan tanpa sebab juga bertujuan memastikan mereka yang dilantik sentiasa menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

“Sekiranya mereka leka dan tidak dapat menjalankan amanah, maka ini memberi peringatan bahawa kita boleh menamatkan pelantikan itu,”katanya.

Beliau berkata, implikasi kewangan juga akan diteliti susulan pelantikan baharu itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan