29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kelewatan pembinaan LCS, tak jejas keupayaan kapal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELEWATAN pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, enjin diesel yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik.

“…Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yang sama.

“Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System), kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik…termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barangan lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan syarikat yang menggunakan ‘orang tengah’ bagi menguruskan pembinaan kapal-kapal LCS.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat bersama jemaah menteri dan akan serahkan kepada agensi berkaitan untuk menyiasat lebih lanjut.

“Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengah dan persetujuan untuk ini telah kita capai, cuma ada satu kaveat yang kita tidak mahu iaitu mereka minta dikecualikan daripada apa jua sebarang tindakan pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu berkompromi dalam hal itu, sebab apa, bagi kami di Kementerian Pertahanan, terpulang kepada agensi yang menyiasat…dan agensi pendakwaan itu bukan dalam ruang lingkup kementerian jadi siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka” katanya.

Ujar Mohamad, kementerian telah bersetuju untuk menandatangani Universal Settlement Agreement untuk menyelesaikan hal berkait orang tengah berkenaan.

“Kita akan bayar (syarikat) Contraves Advance Devices ini, pembayaran tersebut memang perlu dibayar untuk menyelesaikan (bayaran) kepada OEM (Pengilang Peralatan Asal),” katanya

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan