25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dua negeri diberi amaran cuaca buruk petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di negeri Sarawak dan Sabah diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca yang tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 5 petang ini.

“Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang

“Antara kawasan yang terjejas di Sabah pula ialah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Tawau),” katanya di sini tadi.

Advertisements

Dalam kenyataan sama, amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan