Thursday, July 23, 2026

Angin kencang dijangka melanda utara Semenanjung

Mesti Baca

NEGERI-negeri di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi memaklumkan, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang, di negeri-negeri berkenaan.

“Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu, pada sebelah petang hingga ke awal malam,”menurut kenyataan itu.

MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan