25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MONSUN Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei ini dan akan berterusan sehingga September yang akan menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

Katanya, ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.

“Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan. Keadaan in menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah.

“Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

Advertisements

“Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” katanya menerusi kenyataan hari ini..

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bag mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar. Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

“Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan