25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

31 kawasan alami cuaca panas Tahap 1

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT 31 kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia berdepan dengan cuaca panas tersebut.

“Kawasan berkenaan adalah di Perlis, Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik dan Kuala Muda.

“Kawasan seterusnya adalah di Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar, Kuala Krai, Pasir Mas, Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Jelebu, Jempol, Tampin dan Muar,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurutnya lagi, terdapat satu kawasan di Sabah iaitu Kinabatangan turut berada pada Tahap 1.

Sementara di Sarawak, tiada kawasan dilaporkan berada pada Tahap 1.

“Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan