30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

39 kes berkaitan cuaca panas direkodkan – Dr Zaliha

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 39 kes berkaitan cuaca panas telah direkodkan sepanjang bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-16 hingga ke-23 iaitu antara 4 hingga 10 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata daripada jumlah itu 23 kes membabitkan kelesuan haba, manakala 11 lagi kerana kejang haba dan lima strok haba.

“Bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah 10 di Kelantan, Sabah (9), Sarawak (8), Melaka (4), Terengganu (3), Kedah (2) serta masing-masing satu kes di Pahang, Kuala Lumpur serta Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mengikut pecahan umur, golongan dewasa mencatatkan 25 kes, diikuti remaja sembilan kes, kanak-kanak tiga kes dan dua kes membabitkan warga emas.

“Tiada kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan pada ME 23/2023. Ini menjadikan bilangan kumulatif kes kematian akibat strok haba kekal satu kes sahaja iaitu yang dilaporkan pada 25 April 2023.

Advertisements

“Semua kes yang mendapat rawatan adalah stabil dan telah dibenarkan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata negara kini dalam Monsun Barat Daya dan El Nino lemah sehingga September 2023 yang berpotensi menyebabkan cuaca dalam negara menjadi lebih kering berbanding Monsun Barat Daya pada 2020 hingga 2022.

Beliau berkata, keadaan cuaca kering berpanjangan itu juga berpotensi mengakibatkan paras air di empangan berkurangan, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih terganggu, kejadian kebakaran terbuka dan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan masyarakat.

“Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai mengehadkan tempoh berada di kawasan panas terik dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas.

“Orang ramai juga digalakkan kerap minum air dan elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan