26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi dalam fasa akhir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PINDAAN bagi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) kini dalam fasa akhir sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri dan seterusnya ke Parlimen.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, akta berkenaan menyentuh aspek penelitian pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sekiranya berlaku kebocoran.

“Ia adalah perkara dalam usaha Malaysia menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik dalam menangani ancaman keselamatan siber sepertimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber yang perlu digubal segera,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang bakal dimeterai oleh UK tidak lama lagi juga akan memberikan peluang bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang ekonomi digital sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), CyberSecurity Malaysia serta beberapa agensi lain akan menyegerakan inisiatif untuk memperoleh banyak keuntungan hasil daripada keterlibatan syarikat-syarikat dari Malaysia dan UK, yang secara langsung akan membuahkan limpahan ekonomi kepada rakyat Malaysia,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyertaan Malaysia di London Tech Week (LTW) pada 12 hingga 15 Jun lalu, Fahmi berkata, pelbagai komitmen positif pelaburan melibatkan sektor ekonomi digital telah berjaya kita peroleh.

Advertisements

“Alhamdulillah nilai pelaburan sebanyak RM8.3 bilion yang telah diumumkan pasti akan menjadi pemangkin buat KKD melalui MDEC untuk menarik pelabur asing membuat pelaburan dalam negara menerusi Malaysia Digital (MD) seiring dengan konsep Malaysia MADANI.

“Melalui LTW, banyak manfaat dari aspek ekonomi digital merangkumi inovasi dan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pengurusan data, keselamatan siber serta peluang pelaburan bagi syarikat di Malaysia untuk melabur di Eropah melalui United Kingdom (UK) dan sebaliknya.

“Tiga aspek penting yang perlu dijadikan fokus bagi memantapkan ekonomi digital dan ekosistem siber termasuklah memastikan 100 peratus jaringan infrastruktur dalam negara, mencapai 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 serta keperluan segera untuk menggubal beberapa undang-undang baharu.

“Dengan itu, syarikat-syarikat tempatan mempunyai daya tarikan kepada syarikat-syarikat asing termasuk dari UK supaya mereka dapat beroperasi di Malaysia, seterusnya seluruh Asia Tenggara.

“Saya yakin dengan pelaksanaan tersebut Malaysia akan menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan