25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Rakaman CCTV kemalangan maut di SUKE dihantar ke makmal forensik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu, telah diteliti dan dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata setakat ini, tiada tangkapan dilakukan pihaknya berhubung kes itu.

“Bedah siasat terhadap mangsa telah selesai dijalankan di Hospital Ampang semalam dan sebab kematian ialah kecederaan yang pelbagai akibat kemalangan jalan raya. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris, pada hari yang sama selesai bedah siasat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam kejadian tengah hari kelmarin, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter, akibat mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang melawan arus.

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale, maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak kelmarin.

Mohd Azam meminta saksi kejadian, untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan