29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Individu hempas kucing hingga mati dijejaki

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dialu-alukan untuk menghulurkan maklumat sekiranya mengenali suspek yang tindakan kejamnya menghempas seekor kucing di hadapan premis perniagaan dekat Lingkaran MITC Melaka menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini menyatakan kejadian berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dilakukan oleh seorang individu tidak dikenali sekitar pukul 6.40 pagi.

Menurutnya, pihaknya memohon orang ramai membantu menjejaki individu berkenaan yang telah menghempas kucing tersebut beberapa kali sehingga mati.

“Dalam rakaman memperlihatkan seekor kucing sedang nyenyak tidur di hadapan sebuah premis deretan kedai sebelum tiba-tiba seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing tersebut lalu menghempas ke lantai beberapa kali.

“Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku dan merayu mana-mana penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights untuk mengenal pasti pelaku kejam ini,” kongsinya hari ini.

Sehubungan itu orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Hotline jenayah haiwan www.wasap.my/+60105394749.

“Bersama banteras jenayah haiwan. Berikan keadilan kepada haiwan dizalimi,” katanya.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk berkongsikan kes jenayah haiwan ke www.animalmalaysia.com/report-animal-crime

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan