32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

KPWKM bantu sedia SOP kuarantin kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempat kuarantin kanak-kanak dan perkhidmatan kepada golongan itu akibat jangkitan Covid-19.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, lima SOP bagi Pengurusan Kanak-kanak Positif atau Kontak Rapat Pesakit Covid-19 disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan.

SOP itu antaranya Pengurusan Kanak-kanak Positif Covid-19 di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah) MAEPS Serdang, Pengurusan Penerimaan Kes Kanak-kanak Positif Covid-19 di Pusat Kuarantin Kanak-kanak di PKRC dan Pengurusan Kes Kanak-kanak Kontak Rapat Pesakit Covid-19 di Pusat Isolasi Pusat Jagaan Tanpa Penjaga.

“Perkhidmatan sokongan disediakan pula antaranya peralatan bantuan bagi menjalankan sesi kaunseling di Pusat Kuarantin Khas Kanak-kanak PKRC MAEPS dan program kaunseling yang akan dijalankan kaunselor KKM,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Baca juga:   Wanita sebak 'rider' mengaku terlanggar kucing melalui nota

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat kuarantin khas untuk kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 bagi memastikan isu kebajikan dan perkembangan emosi sosial golongan itu tidak terjejas.

Selain itu, Siti Zailah berkata, perkhidmatan disediakan adalah Intervensi Psikologi dan Kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok dan terapi psikologi.

“Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi pula termasuk pengurusan tekanan dan trauma serta pertolongan cemas psikologi serta psikopendidikan, program psiko-spiritual dan art therapy,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Guna budi bicara lepaskan orang miskin dari kompaun


Terkini

Tidak akan beri ‘muka’ kepada anti-vaksin – Khairy

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan tidak akan memberi 'muka' kepada golongan anti-vaksin. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun vaksin tidak...

Lagi Artikel Berkaitan