32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

7,950 kes baharu meningkat, kekal di bawah 10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BILANGAN kes baharu positif Covid-19 pada hari ini meningkat kepada 7,950 berbanding 7,276 kes yang direkodkan semalam namun kekal di bawah 10,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya kes terkumpul positif Covid-19 adalah 2,361,529 kes.

Menurut beliau, sebanyak 10,832 kes sembuh dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,227,889 kes atau 94.3 peratus.

Kata beliau, terdapat 29 kes import dilaporkan daripada jumlah kes baharu hari ini manakala sebanyak 7,921 kes melibatkan kes tempatan.

“Kes berkenaan melibatkan seramai 7,275 adalah warganegara atau 91.8 peratus dan seramai 646 bukan warganegara atau 8.2 peratus.

“Sementara, sebanyak 725 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)(710 kes COVID-19; 15 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan) manakala 380 kes memerlukan bantuan pernafasan (304 kes COVID-19; 76 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan),” katanya hari ini.

Baca juga:   Budak 3 tahun disahkan dijangkiti HFMD bukan cacar monyet

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 762 kluster.

Di samping itu, ujar beliau, daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 133 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara sebanyak 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   ATM utamakan usaha selamatkan mangsa banjir - Panglima

Terkini

KKM sahkan tiada pengedar air zam zam di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini...

Lagi Artikel Berkaitan