30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

8 lelaki ditahan, 31,000 kg minyak masak dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seramai lapan lelaki dalam satu serbuan kerana terbabit dalam sindiket penyelewengan minyak masak peket 1 kilogram (kg) di sebuah gudang dua tingkat di Bandar Bukit Beruntung, Selangor, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tujuh daripada suspek yang ditahan merupakan warga Myanmar, manakala seorang lagi warga Thailand berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Pengarah Penguatkuasa Azman Adam berkata, pemeriksaan di lokasi turut telah menemui minyak masak sebanyak 31,500 kilogram yang ditempatkan dalam 36 unit tangki fiber bernilai RM87,300.

Katanya, hasil siasatan, minyak tersebut dipercayai merupakan minyak masak bersubsidi paket 1kg yang sudah dipindahkan ke dalam bekas industri bukan bersubsidi.

“Pasukan serbuan telah menemukan sebanyak 36 unit tangki fiber berkapasiti 1,000 liter yang berisi keseluruhannya dianggarkan 31,500 kg minyak masak bersubsidi.

“Peralatan untuk memindahkan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki fiber industri turut ditemui dan kesemua barang kes tersebut telah disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM87,300,” katanya pada sidang media di stor eksibit di Krubong, Melaka malam tadi, lapor Utusan Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya percaya sindiket berkenaan telah beroperasi hampir dua bulan dengan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada beberapa pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang.

“Minyak masak bersubsidi itu seterusnya dileraikan dan dikumpulkan dalam tangki fiber berkapasiti 1,000 liter untuk dipasarkan dengan harga bukan subsidi.

“Dalam serbuan tersebut, seramai lapan pekerja lelaki warga asing telah ditahan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak munasabah.

Kata beliau, kesalahan dilakukan telah melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan minyak masak yang melibatkan urusan secara borong atau runcit tanpa lesen sah. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan