29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

DBKL tambah CCTV, siren sistem amaran awal banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSES pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan siren sistem amaran awal banjir di kawasan-kawasan tumpuan sekitar ibu negara sedang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, langkah yang dilaksanakan itu adalah bagi memastikan warga kota mendapat maklumat sewajarnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

“Pihak DBKL telah melakukan beberapa pendekatan dalam memberi sistem amaran awal kepada masyarakat dan warga kota tentang kemungkinan-kemungkinan yang mendatangkan kerugian kepada kerajaan, apatah lagi kepada rakyat.

“Sebagai contoh, beberapa aset tambahan akan dilaksanakan DBKL seperti pemasangan CCTV khusus di kawasan hot spot banjir, di mana 51 CCTV pemantauan akan dipasang.

“13 telah siap dipasang sementara bakinya dalam proses pemasangan.

“Satu lagi adalah sistem amaran di mana DBKL akan pasang lima siren sistem amaran iaitu di Lorong Kiri Keramat, Terowong Chan Sow Lin, Taman U-Thant, Jalan 9 Kampung Cheras Baru dan Kampung Sungai Baru,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang ingin tahu inisiatif dalam meningkatkan kesiapsiagaan warga Kuala Lumpur berdepan bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan