30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SIPP mercu tanda industri janakuasa elektrik negara

Guna turbin gas berteknologi paling cekap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

STESEN Janakuasa Sultan Ibrahim (SIPP) di Pasir Gudang, Johor akan menjadi mercu tanda dalam pembangunan industri penjanaan elektrik di negeri itu dan selatan tanah air.

Semasa merasmikannya hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, SIPP merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).

“Teknologi pembakaran bahan api gas aslinya mampu menghasilkan 60 peratus tenaga elektrik dan kecekapan turbin gas berteknologi tinggi ini mampu menyumbang kepada pengurangan jejak karbon,” titah Sultan Ibrahim seperti dilapor menerusi Facebook baginda.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Jiohor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim dengan diiringi Tunku Ismail kemudian turut berkenan mengadakan lawatan ke SPG.

SIPP yang sebelum ini dikenali sebagai Southern Plant Generation (SPG) yang berkonsepkan kitar padu telah siap sepenuhnya dan memulakan operasi komersial pada 1 Januari 2021.

Titah baginda, pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy Sdn Bhd.

“Dengan beroperasinya stesen ini, ia secara tidak langsung merancakkan dan menggalakkan lagi usaha pelaburan dari dalam dan luar negara,” titah baginda.

Stesen tersebut juga menyediakan infrastruktur pembekalan tenaga elektrik yang mencukupi, berdaya harap serta stabil, sekali gus mampu menyakinkan pelabur untuk mengeluarkan modal menjalankan perniagaan di Johor. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan