28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Guna air secara cermat, berhemah – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru masyarakat negara ini agar menggunakan air dengan cermat dan penuh berhemah.

Menurut Perdana Menteri, Hari Air Sedunia merupakan satu peringatan kepada masyarakat dunia termasuk Keluarga Malaysia supaya lebih menghargai kepentingan air dan perlu kita berusaha melakukan usaha-usaha pelestarian sumber air.

Beliau berkata, air tanah dijadikan tumpuan sambutan kerana ia sangat berguna kepada kehidupan.

“Bahkan ia menjadi bahagian penting dalam proses penyesuaian perubahan iklim dan penyelesaian bagi akses kepada air selamat.

“Oleh itu saya menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia supaya menggunakan air dengan cermat dan penuh berhemah. Selamat menyambut Hari Air Sedunia,” katanya menerusi Facebooknya.

Ismail Sabri berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang komited dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang bersandar kepada 17 matlamat ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015.

Menurutnya, matlamat berkenaan bakal dicapai pada tahun 2030.

“Komitmen boleh dilihat melalui langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG dengan memperkenalkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang dimulakan pada tahun 2017.

“Lima strategi utama juga diperkenalkan dalam RMK-12 untuk mentransformasi sektor air negara bagi memastikan kelestariannya bagi manfaat penduduk negara ini,” katanya.

Untuk rekod, PBB telah mengiktiraf tarikh 22 Mac setiap tahun sebagai hari sambutan.

Pada tahun ini Groundwater: Making The Invisible Visible telah dipilih sebagai tema oleh PBB.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan