25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM ucap takziah kepada China, keluarga mangsa nahas CEA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan China dan keluarga mangsa susulan nahas pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines (CEA) terhempas semalam.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat sedih sebaik mendapat perkhabaran berkenaan yang mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa.

“Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook, hari ini.

Pesawat milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 penumpang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di selatan negara itu semalam.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou.

Pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan ketika melalui bandar Wuzhou pukul 2.22 petang selepas berlepas dari bandar Kunming pada pukul 1.11 petang waktu tempatan.

Advertisements

Pada mulanya pesawar itu dikesan terbang pada ketinggian 29,100 kaki dan selepas 2 minit 15 saat, kapal terbang tersebut menurun ke paras 9,075 kaki.

Dalam tempoh 20 saat selepas itu, pesawat terbabit dikesan menjunam kepada ketinggian 3,255 kaki dengan kelajuan 376 knot sebelum terputus hubungan.

Pesawat itu dijadualkan mendarat di Guangzhou pada pukul 3.05 petang.

Nahas tersebut kemudiannya disahkan oleh China Eastern menerusi gambar hitam putih yang disiarkan dalam laman webnya sebagai tanda berkabung atas insiden yang berlaku.

Dalam pada itu tular satu rakaman video yang menunjukkan pesawat tersebut jatuh menjunam sebelum terhempas.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat tersebut ketika terhempas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan