32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ahli Parlimen desak segerakan RUU Antilompat Parti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI-AHLI Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mendesak agar Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentangkan di Parlimen dengan segera dalam Persidangan Dewan Rakyat.

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, undang-undang antilompat parti mesti dibentangkan untuk dibahaskan terlebih dahulu dan sebarang pindaan boleh dibuat kemudian.

“Dalam apa bentuk sekalipun mesti masuk dalam Dewan (Rakyat) dahulu dan kalau ada apa-apa kita boleh ubah lain.

“Mari kita sama-sama bentangkan RUU di dewan dahulu, bahas. Kalau nak buat pindaan di peringkat jawatankuasa, buatlah,” katanya hari ini, lapor Kosmo!

Menurut Nazri, dia yakin kesemua Ahli Parlimen akan memberikan sokongan kepada RUU tersebut kecuali ‘katak’ (ahli Parlimen lompat parti).

Sementara itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dalam perbahasannya ketika menggesa perkara itu berkata, sekiranya RUU terbabit tidak dibentang dan diluluskan dengan segera, ia bakal mengakibatkan defisit kepercayaan rakyat terhadap sistem Parlimen dan demokrasi negara.

“Bagi memulihkan keadaan ini dan sistem Parlimen demokrasi, sebuah akta berhubung antilompat parti ini mesti disegerakan.

“Kalau tidak ada akta tersebut, bagaimana kita hendak mempraktikkan Parlimen demokrasi yang subur?.

“Oleh itu, amat penting untuk disegerakan soal Akta Antilompat Parti ini. Jangan main-main sebab perkara ini adalah begitu mendesak.

“Kalau tidak mahu dengar juga, maka kita lihatlah negara kita akan berada dalam kegelapan dan penghormatan kepada sistem Parlimen demokrasi ini tidak lagi menjadi satu penghormatan yang ada sebelum ini,” ujarnya.

Selain undang-undang antilompat parti, Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut mencadangkan agar pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihadkan hanya kepada maksimum dua penggal.

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan