30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Aksi lucah: Zul Ariffin beri kerjasama kepada SKMM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Zul Ariffin, 35, mengesahkan telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung kontroversi drama berjudul Perempuan Itu.

Perkara itu telah dikongsikan pelakon tersebut menerusi ruangan Instagram Stories (IGS) akaun miliknya petang ini, namun tidak mengulas panjang berhubung perkara tersebut.

“Hari ini saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SKMM berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama berjudul Perempuan Itu,” katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa satu siasatan yang akan dijalankan terhadap pelakon tersebut.

Menurutnya, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berikutan perkongsian video babak panas yang tular membabitkan dia dengan pelakon baharu, Siti Hariesa baru-baru ini.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” katanya menerusi ciapan beliau di Twitter.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada pada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Pada Isnin, Zul Ariffin membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya selepas teruk dikecam setelah memuat naik klip aksi panas babak daripada drama yang sepatutnya disiarkan dfi TV3 itu menerusi plaform yang sama.

Zul Ariffin berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan