29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka capai indeks Bahagia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA negeri iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan status Bahagia bagi keseluruhan negeri sempena Status Kebahagiaan Bandar di Malaysia 2021.

PLAN Malaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkongsikan pencapaian Bandar Bahagia Malaysia 2021.

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dan terima kasih kepada masyarakat setempat yang telah merasa bahagia dengan bandar anda.

“Semoga kita semua dapat mengekalkan rasa bahagia, sentiasa tenang, berhemah dan terus saling membantu demi Malaysia tercinta,” kongsinya.

PLAN Malaysia juga menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam Soal Selidik Indeks Kebahagiaan 2022.

“Hubungi PBT di tempat anda untuk maklumat lanjut. Anda penentu kebahagiaan bandar,” katanya.

Advertisements

Tahun lalu, Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020 yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Turut tersenarai adalah bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019.

Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.

MURNInets merupakan alat yang digunakan sejak 2013 bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia.

Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan