26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

21,483 kes baharu, 394 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


JUMLAH jangkitan COVID-19 semalam merekodkan sebanyak 21,483 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,032,435 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 394 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,452 kes.

Diikuti, Kuala Lumpur (3,433 kes), Sarawak (1,547 kes), Pulau Pinang (1,295 kes), Kedah (1,219 kes), Perak (1,170 kes) dan Negeri Sembilan (1,061 kes).

Seterusnya, Pahang (959 kes), Johor (927 kes), Kelantan (609 kes), Terengganu (584 kes), Melaka (536 kes), Sabah (402 kes), Perlis (131 kes), Labuan (93 kes) dan Putrajaya (65 kes).

Advertisements

Dalam masa sama, sebanyak 73 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,535 kes.

Sebanyak 23 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,199 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes aktif merekodkan sebanyak 252,671 kes yang melibatkan 244,262 kes dikuarantin di rumah, 1,453 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, 6,617 kes di hospital, 130 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 209 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan