24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rondaan kerap di Jambatan Pulau Pinang cegah kes bunuh diri

Pihak bomba turut berganding bahu melakukan pemantauan terutamanya membabitkan kawasan 'hotspot' di Jambatan Pulau Pinang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA kes bunuh diri dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dan ia menunjukkan usaha yang diambil untuk menangani isu tersebut membuahkan hasil.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, rondaan kerap pihak berwajib termasuk pemantauan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berupaya mengawal insiden seumpama itu berulang sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera.

“Selepas pertemuan pelbagai agensi bagi menangani isu tersebut dengan agensi berkaitan turun padang diketuai Ketua Polis Pulau Pinang bulan lalu, sudah tiada lagi kita dengar kes sedemikian dilaporkan berlaku setakat ini.

Advertisements

“Antara langkah drastik diambil termasuklah dengan memperbanyakkan rondaan dengan pihak bomba turut berganding bahu melakukan pemantauan terutamanya membabitkan kawasan ‘hotspot’ di Jambatan Pulau Pinang,” katanya selepas program Signature Pusat Maklumat Rakyat, lapor Metro Online hari ini.

Dalam pada itu, Saadon berkata, ini kali pertama Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dijadikan lokasi penganjuran program kesedaran yang turut membabitkan Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Yayasan Bina Ilmu, Persatuan Melayu Pulau Pinang selain penduduk setempat.

Beliau berpendapat pemilihan topik Risiko dan Kesedaran Jenayah Siber yang diketengahkan dalam program tersebut dekat di hati masyarakat sekali gus dapat membina ekosistem dalam talian yang lebih selamat di samping mendidik orang ramai supaya bertanggungjawab menggunakan media sosial.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan