24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dua beranak rentung dalam kebakaran banglo

Mangsa yang rentung dipercayai ibu berusia 61 tahun dan anak yang berusia 27 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beranak rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran rumah di Taman Gembira, Seputeh, Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.22 pagi.

Menurutnya, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Pantai, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 6.54 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.12 pagi. Kami juga berjaya menemui dua mangsa yang rentung,” katanya hari ini.

Menurutnya, kediaman berkenaan adalah banglo tiga tingkat yang dihuni enam sekeluarga.

Advertisements

“Mangsa yang rentung dipercayai ibu berusia 61 tahun dan anak yang berusia 27 tahun. Kedua-dua mereka berada di bilik berasingan.

“Kita percaya api bermula dari tingkat tiga kediaman terbabit sebelum merebak ke tingkat bawah,” katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang melecur dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Siasatan lanjut berhubung punca dan jumlah kerugian sedang dijalankan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan