27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kantoi sorok 700 kg daun ketum belakang lori

Siasatan awal mendapati daun ketum tersebut dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT seorang penganggur mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan 700 kilogram (kg) daun ketum di bahagian belakang lori terbongkar selepas ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam serbuan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Baling, Kedah itu ditahan dalam serbuan pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, sejurus ditahan, anggota bertugas telah membuat pemeriksaan dan menjumpai bungkusan daun ketum di bahagian belakang lori berkenaan.

“Siasatan awal mendapati daun ketum tersebut dipercayai mahu diseludup ke negara jiran,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Advertisements

“Pemeriksaan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkait dengan dadah,” katanya.

Dalam perkembangan kejayaan serbuan kedua pula, Muhamad Zaki berkata, pihaknya merampas 2,994 biji pil yaba selepas menahan seorang mekanik di Kampung Bendang Pulau, Palekbang, Tumpat pada hari yang sama.

Serbuan jam 11.30 malam itu turut merampas syabu (3.7 gram) dan 500 milimeter air ketum.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan