Thursday, July 23, 2026

Mohamad Sabu jalani pembedahan appendicitis malam ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini kerana masalah appendicitis.

Kenyataan pejabat menteri berkenaan menyebut beliau dijadualkan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini atas nasihat pakar perubatan.

“Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

“Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat.

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan