27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

England mudah atasi Malta 4-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ENGLAND merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 selepas menundukkan Malta 4-0 di Stadium Nasional Ta’ Qali awal pagi tadi.

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold menjadi tumpuan apabila merekodkan tiga bantuan dalam mencipta tiga gol skuad Three Lions.

Diletakkan beraksi di posisi tengah, hantaran cantik Alexander-Arnold berjaya melepaskan Bukayo Saka daripada perangkap offiside yang kemudiannya melakukan hantaran silang ke dalam gol sebelum pertahanan Malta, Ferdinando Apap tertolak bola ke gawang sendiri untuk gol pertama England.

Alexander-Arnold menjaringkan gol kedua The Lions apabila melakukan sepakan padu dari luar kawasan penalti melepasi jangkauan penjaga gol, Henry Bonello pada minit ke-28.

Skuad bimbingan Gareth Southgate itu dihadiahkan sepakan penalti hanya selang dua minit daripada gol kedua selepas Harry Kane dijatuhkan di dalam kawasan penalti.

Advertisements

Kapten England itu seperti dijangka tidak meletakkan bola ke gawang Malta apabila merembat bola ke bahagian tengah ketika Bonello sudah merebahkan badan ke sebelah kiri.

Pelawat mendapat sepakan penalti kedua pada malam itu selepas hantaran silang Calum Wilson terkena tangan pertahanan Malta, Steve Borg.

Video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan insiden tersebut dan Wilson yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak mempunyai masalah meledak gol keempat Three Lions.

Kemenangan itu meletakkan England di tangga teratas Kumpulan C dengan sembilan mata mengatasi Ukraine dan Itali yang beraksi kurang satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan