27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Beregu China sekat hajat Sze Fei-Nur Izzuddin raih gelar Asia

Mesti Baca

IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kejuaraan sulung Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China tidak kesampaian apabila hajat mereka disekat gandingan tuan rumah hari ini.

Pasangan yang menghuni ranking ke-19 dunia itu akur untuk sekadar muncul naib juara setelah tewas kepada beregu no. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Dalam aksi itu, gandingan tuan rumah unggul menang set pertama 21-17, sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit 21-15 untuk mengheret perlawanan ke penentuan set ketiga.

Aksi bertenaga pasangan negara gagal diteruskan apabila tunduk 10-21 kepada pasangan lebih muda itu untuk memberi gelaran juara kepada Wei Keng-Wang Chang.

Kekalahan itu sekali gus menggagalkan misi Sze Fei-Nur Izzuddin untuk melunaskan dendam ke atas pasangan nombor tiga dunia itu setelah tewas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023.

Advertisements

Sebelum ini, pasangan beregu negara itu cemerlang ke pentas final pertama mereka dalam saingan BAC selepas mengenepikan cabaran rakan sepasukan yang juga beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 21-14, 21-18 dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Wei Keng-Wang Chang pula mara ke final selepas mengatasi pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-17, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kejayaan mara ke final BAC kali ini menjadi pencapaian tertinggi dalam karier Nur Izzuddin-Sze Fei mengambil kira status kejohanan yang bertaraf Super 1000.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod kejuaraan terakhir beregu lelaki negara dalam kejohanan itu menerusi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang mengalahkn rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12 pada 2007 di Johor Bahru. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan