26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Insiden tembakan di KLIA: Suspek ada rekod jenayah lampau

Mesti Baca

POLIS sahkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat dua laporan polis selepas menerima ugutan daripada suspek.

“Isteri mangsa sebelum ini pernah buat dua laporan polis berkaitan kes ugutan masing-masing pada tahun 2016 dan 2013.

“Mengambil kira insiden yang terakhir itu membuatkan isteri mangsa menggajikan pengawal peribadi.

“Suspek juga mempunyai satu lagi kes mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam jadi dia memang ada rekod jenayah,” katanya pada sidang media di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohd Suhaily berkata, suspek terdahulu bertindak melemparkan mercun yang turut mencederakan dua orang awam.

Katanya, suspek kemudian bertindak nekad melepaskan dua das tembakan terhadap isteri mangsa pada jarak antara tiga hingga empat meter.

“Tembakan bagaimanapun mengenai salah seorang pengawal peribadi mangsa di bahagian perut yang ketika ini masih dalam keadaan kritikal,” katanya.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi ini, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan yang dipercayai ditujukan kepada isterinya, seorang usahawan pakej umrah dan mutawwifah ketika menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, salah satu tembakan terkena pengawal peribadinya menyebabkan cedera parah dan kini dirawat domi Hospital Cyberjaya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan