26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pengawal peribadi ustazah parah tertembak di KLIA

Mesti Baca

PENGAWAL peribadi kepada seorang wanita pengusaha pakej umrah dan mutawwifah cedera parah selepas ditembak seorang lelaku dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi ini.

Wanita terbabit, Farah Cie menerusi hantaran di Facebooknya berkata, terdapat individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadinya di KLIA.

“Kecemasan. Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Allahuakhbar! Laporan polis telah dibuat. Kenyataan rasmi akan dibuat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Farah Cie menerusi komen di Facebook itu meminta orang ramai supaya mendoakan pengawal peribadinya yang dalam keadaan kritikal.

“Polis sedang memburu (suspek), keadaan KLIA sedang dikawal ketat polis dan pengawal peribadi cedera sekarang berada di Hospital Cyberjaya. Doakan ya,” pintanya.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berlaku di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi ini.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut suspek seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dan salah satunya terkena seorang lelaki yang juga pengawal peribadi sebelum melarikan diri.

Advertisements

“Siasatan lanjut polis dapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata, motif kejadian masih dalan siasatan pihak polis dan diklasifinasjkan sebagai jes cubaan bunuh dibbawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Beliau berkata, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai telah melarikan diri ke utara.

“Dengan ini, adalah dimaklumkan kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau kumpulan.

“Keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan