27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia kutuk serangan zionis terhadap konvoi bantuan

Mesti Baca

MALAYSIA dengan tegas mengutuk serangan kejam tentera rejim Israel terhadap beberapa konvoi bantuan kemanusiaan dan sukarelawan termasuk petugas bantuan Ops Ihsan di Rafah pada Jumaat lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, serangan terhadap pekerja kemanusiaan, sukarelawan dan individu yang tidak bersenjata yang menjalankan usaha bantuan itu sama sekali tidak boleh diterima.

“Tindakan kejam ini oleh Israel mencerminkan kekejaman yang melampaui sebarang pemahaman atau justifikasi.

“la tidak lagi mencukupi untuk mengutuk tindakan kezaliman ini secara berlapik,” kata Wisma Putra dalam kenyataan tengah malam tadi.

Kementerian Luar berkata, sudah tiba masanya bagi masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan menuntut agar Israel menghentikan tindakan tidak berperikemanusian itu dan bertanggungjawab terhadap jenayah mereka.

Katanya, walaupun Israel sebelum ini mendakwa tindakan yang dilakukan sebagai langkah-langkah yang diperlukan untuk pertahanan diri namun nyata sejak Oktober tahun lalu “Israel sangat jelas adalah pihak yang menyerang dan mengganas.”

Advertisements

Kenyataan itu berkata, pada saat bantuan sangat diperlukan untuk sampai kepada rakyat Palestin, rejim Israel secara berterusan mengenakan sekatan dan halangan untuk menyeksa golongan tua, rakyat yang kesakitan, wanita dan kanak-kanak.

“Ini adalah kali kedua operasi Ops Ihsan terganggu, dan nyawa sukarelawan mereka dibahayakan tanpa sebab.

“Serangan pertama berlaku pada 14 Mac 2024 yang mengambil nyawa lapan orang Palestin dan mencederakan lebih daripada dua puluh lainnya,” katanya.

Semalam, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu telah mencederakan beberapa sukarelawan kemanusiaan yang sedang memunggah barangan bantuan Ops Ihsan.

Beliau yang juga Presiden Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dalam satu kenyataan berkata, serangan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan