23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Enam treler bawa bantuan banjir digerak ke Kelantan, Terengganu

Mesti Baca

SEBANYAK enam buah treler yang membawa barang bantuan digerakkan ke Kelantan dan Terengganu, dua negeri di Pantai Timur yang paling teruk terjejas akibat banjir hari ini.

Bantuan di bawah misi kemanusiaan Rakan NADMA Disaster Simulation Exercise itu berupa bekalan makanan, kit kebersihan, kit keluarga dan kit kembali ke sekolah.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, lima buah treler dihantar ke Kelantan manakala satu treler lagi dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan pula ke Kuala Terengganu.

“Pelaksanaan misi ini dikoordinasikan melalui kolaborasi strategik antara NADMA sebagai agensi penyelaras, RED A Humanitarian Development Global, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, dan pelbagai NGO di bawah Rakan NADMA,” kata kenyataan itu hari ini.

NADMA berkata, keberkesanan penghantaran bantuan turut diperkukuh dengan kerjasama erat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan PKOB Pusat yang memastikan pengurusan logistik dan penyampaian bantuan berjalan lancar.

Katanya, penyumbang utama misi tersebut ialah GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) yang telah menyumbangkan sebanyak RM13.7 juta. 

Advertisements

“GRDN merupakan sebuah jaringan tanggungjawab sosial yang melibatkan 23 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). 

“Selain daripada penghantaran keperluan asas untuk mangsa banjir, dana yang disumbangkan oleh GRDN ini juga digunakan untuk memberi bantuan seperti perkhidmatan klinik bergerak, perkhidmatan perubatan dan program baik pulih infrastruktur kepada mereka yang terjejas dengan bencana,” katanya.

Sokongan GDRN kepada Rakan NADMA ini mencerminkan sinergi yang bagus antara kerajaan, syarikat swasta serta NGO di seluruh negara dalam membantu mangsa-mangsa bencana membina semula kehidupan mereka. 

Setiap bentuk bantuan itu, katanya, mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap keperluan mangsa banjir dalam usaha membina semula kehidupan mereka.

Rakan NADMA merupakan satu platform kerjasama antara pihak Kerajaan dengan pelbagai NGO sektor kemanusiaan dan sukarelawan dengan matlamat yang sama iaitu membantu rakyat menangani bencana.

Sehingga kini, seramai 27,000 orang sukarelawan dan pemain-pemain sektor kemanusiaan dan sukarelawan telah mendaftar sebagai Rakan NADMA sejak ia ditubuhkan pada 2016. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan