PASANGAN Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 setelah menyingkirkan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di peringkat separuh akhir hari ini.
Pertembungan sesama sendiri itu menyaksikan Sze-Nur Izzudin beraksi dengan lebih yakin dan menyingkirkan pasangan pilihan keempat itu 21-14, 21-18 di Pusat Sukan Olimpik Nangbo, China sebentar tadi.
Ini merupakan kemenangan kedua Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas juara dunia itu dalam lapan pertemuan.
Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di final adalah pemenang antara beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang dan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.
Kali terakhir Malaysia merangkul juara beregu lelaki badminton Asia menerusi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang mengalahkn rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12 pada 2007 di Johor Bahru. – Edisi 9

