25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Ten Hag tak yakin kemampuan De Gea

Pertimbang bawa masuk pilihan lain termasuk Andre Onana atau David Raya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MASA depan David De Gea menjadi tanda tanya selepas nama penjaga gol berusia 32 tahun tidak berada dalam senarai pemain yang dikekalkan Manchester United musim depan.

Kontrak penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu akan berakhir pada hujung bulan ini dengan rundingan kontrak baharu masih berlangsung.

Namun, laporan terbaharu mendakwa pengurus, Erik ten Hag kurang berkeyakinan dengan kemampuan De Gea sebagai penjaga gol utama sekali gus membuatkan masa depannya di Old Trafford seakan menuju ke penghujungnya.

ten Hag melihat tawaran kontrak baharu dengan gaji yang tinggi kepada produk akademi Atletico Madrid itu tidak berbaloi sebaliknya United perlu menjengah pasaran pemain untuk mendapatkan penjaga gol baharu.

Advertisements

Apatah lagi De Gea kerap dikritik kerana melakukan beberapa kesilapan berprofil tinggi walaupun memenangi Sarung Tangan Emas musim ini.

Pengurus berbangsa Belanda itu dilapor cenderung untuk mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana atau David Raya dari Brentford pada harga yang berpatutan.

Ini kerana Red Devils perlu mematuhi peraturan kewangan yang adil (FFP) dalam berbelanja pada musim panas ini.

United kini dalam proses mendapatkan Mason Mount dari Chelsea pada harga RM236.7 juta serta membawa masuk penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund yang dianggarkan bernilai RM355 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan