Wednesday, July 22, 2026

PDRM, SPRM bekerjasama siasat ahli politik terlibat judi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat penglibatan ahli politik dengan aktiviti judi atas talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya ada menerima maklumat bahawa terdapat penglibatan ahli politik dalam aktiviti tersebut.

“PDRM dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentusahkan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

“PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara serta segala langkah yang diambil adalah berteraskan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin mengesahkan wujud aktiviti judi secara dalam talian yang mendapat perlindungan daripada ahli politik tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan polis mengesahkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini terdapat ahli politik mendapat dana daripada syarikat judi.

Kata beliau, ahli politik terbabit melindungi sindiket dengan pelbagai cara termasuk memberikan maklumat supaya mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa atau dikenakan tindakan undang-undang.

Susulan itu, sindiket pula akan membalas jasa ahli politik tersebut dengan pelbagai cara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan