33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jackson setuju sertai Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG Villarreal, Nicolas Jackson dilaporkan telah bersetuju dengan terma peribadi bersama Chelsea.

Pemain berusia 21 tahun dari Senegal itu menjaringkan 13 gol dalam musim sulungnya bersama skuad Yellow Subamarines di La Liga.

Jackson turut merakamkan sembilan gol dalam lapan perlawanan terakhir sekali gus membantu Villarreal menamatkan saingan liga di tempat kelima musim ini.

Menurut The Athletic, Jackson sebelum ini diikuti rapat oleh Bournemouth dan Southampton sejak Januari lalu selepas melakukan debut bersama Senegal di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Advertisements

Namun, persembahannya yang semakin meningkat selepas Piala Dunia telah menarik minat beberapa kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Media tersebut melaporkan, Jackson sedia berhijrah ke Stamford Bridge musim panas ini dengan The Blues bersedia mengemukakan tawaran kepada Villarreal beberapa minggu lagi.

Penyerang muda ini menjadi pilihan Chelsea kerana dilihat sebagai alternatif berbanding binatang Napoli, Victor Osimhen yang dilaporkan bernilai sekitar RM591.8 juta.

Chelsea ketika ini memburu pemain ‘jersi nombor sembilan’ atau penyerang, Kylian Mbappe mungkin diletakkan dalam pasaran perpindahan namun yuran perpindahan dan gaji yang tinggi memungkinkan pemain itu tidak akan ke Liga Perdana Inggeris. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan