25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Lapan ditahan punggah diesel hak kerajaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lapan kru termasuk nakhoda kapal kerana disyaki melakukan pemunggahan minyak diesel hak kerajaan tanpa kebenaran yang dianggarkan bernilai RM215,000.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, penahanan dibuat berdasarkan aduan yang diterima Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot tunda berkenaan dikendalikan oleh lapan kru termasuk nakhoda, kesemua kru adalah warganegara tempatan berumur lingkungan 24 tahun hingga 73 tahun. 

“Kesemua mereka mempunyai pengenalan diri yang sah. Kesemua kru kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan pecah amanah jenayah.

Advertisements

“Iaitu dipercayai telah menjual minyak diesel yang dibekalkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tugasan pengukuran laut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim kepada agensi itu.

“Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, jenayah maritim atau kecemasan di laut terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 010-7728909 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan