25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Penunggang motosikal lawan arus serah diri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENUNGGANG motosikal yang disyaki melawan arus di jejambat Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut pada Rabu lalu menyerah diri semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Mohd. Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan peniaga makanan dan menetap di Kajang tampil menyerah diri di Balai Trafik Kajang.

Katanya, siasatan mendapati suspek dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Ampang tetapi tersesat dan membuat keputusan masuk ke jejambat Lebuh Raya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku.

“Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya dan selepas kemalangan terbabit suspek terus pulang ke rumah.

“Suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd. Azam berkata, suspek turut membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan akibat kemalangan.

“Sehubungan itu, pihak polis merampas motosikal jenis Yamaha dan beberapa barang kes lain.

“Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan dan kedua buah motosikal terlibat akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, tangkapan tidak dibuat kerana kondisi suspek masih cedera parah dan sukar bergerak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan