27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Operasi pembenihan awan sasar dua empangan di Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

OPERASI pembenihan awan (OPA) kali ini menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, itu sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut.

Katanya, operasi itu dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). 

“Setakat hari ini, di Empangan Air Itam peratus kapasiti air adalah sebanyak 48.6 peratus dan di Empangan Teluk Bahang 44.4 peratus.

“Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

OPA dilaksanakan menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa monsun barat daya yang telah bermula pada 15 Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September.

Pada 2 hingga 4 Mei lalu, operasisama juga telah dijalankan di Pulau Pinang dan berjaya menghasilkan 100 peratus hujan di kawasan yang disasarkan dana akan diteruskan sehingga 13 Jun ini.

Armizan berkata, ramalan kebarangkalian hujan untuk operasi kali ini adalah pada kadar sekitar 80 peratus berikutan kelembapan atmosfera agak rendah.

Katanya, kerajaan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi ini boleh mengemukakan syor kepada Nadma untuk dibuat penilaian. 

“Kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh MET Malaysia bagi menjamin kejayaan OPA,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan