28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Negara perlu pembaharuan ekonomi – MTEN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju bahawa negara memerlukan pembaharuan dan penstrukturan semula ekonomi untuk menangani cabaran struktural ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini selepas MTEN mengenalpasti reformasi-reformasi ekonomi khusus yang akan diputuskan dalam mesyuarat MTEN akan datang.

“Negara perlu mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan, menambah baik liputan keselamatan sosial melalui pendekatan pengupayaan rakyat, dan reformasi pasaran kerja untuk meningkatkan gaji pekerja secara berkala.

“Sehubungan itu, kerajaan dijangka akan meluncurkan Naratif Ekonomi Madani menjelang bulan Ogos tahun ini.

“Ia antara lain akan menyenaraikan tumpuan pertumbuhan negara sebagai panduan kepada sektor awam, swasta dan pelabur untuk bersama-sama memacu aspek daya saing dan kelangsungan ekonomi negara,”katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2023.

Mesyuarat berkenaan telah meneliti pembentangan dari Bank Negara Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Majlis Penasihat Kementerian Kewangan (ACFIN).

Kata Anwar, dalam mesyuarat itu, telah membincangkan kedudukan semasa dan unjuran ekonomi negara, mengambil kira pelbagai tantangan yang perlu didepani dengan cermat terutamanya melibatkan tantangan struktur ekonomi negara serta ekonomi dunia.

“Mesyuarat juga membincangkan mengenai Hala Tuju Peralihan Tenaga yang akan dipandu oleh rencana tindakan hala tuju bagi memastikan inisiatif yang akan dilaksanakan memberi dampak yang berganda kepada ekonomi negara,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan