25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGAGIHAN kerusi Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah pun selesai 97 peratus.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan terakhir mengenai agihan kerusi itu diadakan pada 5 Jun lalu.

“Namun ada beberapa kerusi yang masih berbaki akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Selepas perbincangan akhir pada 5 Jun lalu, kita telah selesai (agihan) 97 peratus kerusi daripada 245 kerusi. Ada lima, enam kerusi belum selesai. Ada masa lagi, pilihan raya pun belum lagi.

“Baki agihan sebanyak tiga peratus saya jangka siap sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) bagi mengkaji dan menerokai pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung di Tasik Kenyir hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri tidak mendedahkan kerusi-kerusi yang belum diputuskan itu.

Selain itu, Menteri Besar Terengganu itu memberitahu, proses agihan 32 kerusi di Terengganu pula telah selesai 99 peratus.

“Satu kerusi je belum yang pastinya bukan kerusi DUN Rhu Rendang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri memberitahu, proses pemilihan calon bagi PRN di enam negeri terlibat akan dibincangkan bermula Selasa ini.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan