24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Lebih RM2 juta disalur kepada penerima vaksin alami AEFI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM2.556 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID -19 telah disalurkan kepada 150 pemohon sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, sebanyak 319 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 diterima.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 150 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.

“Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 itu diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang serius atau hilang upaya kekal serta waris penerima vaksin yang meninggal dunia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19.

Dalam pada itu beliau berkata, sehingga 1 Jun lalu, sebanyak 8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama diluput di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan vaksin COVID-19.

Advertisements

“Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa.

“Bagi sumbangan vaksin COVID-19 kepada negara luar, KKM menawarkan 1.89 juta dos vaksin kepada negara seperti Bangladesh, Myanmar, Laos dan Bosnia Herzegovina,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan pada 26 Mei lalu bersetuju agar baki 2.7 juta dos vaksin COVID-19 kanak-kanak keluaran Pfizer BioNTech akan ditukarkan kepada vaksin COVID-19 generasi baharu dan disasarkan kepada golongan rentan tanpa implikasi kewangan tambahan.

“Untuk tahun 2023 hingga 2024, kerajaan melaksanakan selaras dengan syor terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mana pemberian vaksin disarankan terus diberikan kepada individu yang berisiko tinggi.

“Ini termasuk warga emas berumur melebihi usia 60 tahun terutamanya individu dengan komorbid teruk atau obesiti teruk, individu berusia melebihi usia lima tahun dengan berisiko dan mudah dijangkiti, juga ibu mengandung dalam kalangan remaja dan dewasa serta kakitangan kesihatan barisan hadapan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan