32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

10 ‘panglima perang’ UMNO sertai PN akan diumum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mendedahkan akan membuat pengumuman mengenai 10 ‘panglima perang’ termasuk nama besar yang disisihkan UMNO menyertai komponen gabungan itu dalam masa terdekat.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan perkara itu.

“Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, lapor Astro AWANI.

Sebelum ini media melaporkan selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara yang bakal menyertai PN.

Advertisements

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) minggu lalu mengucapkan selamat maju kepada 10 ‘warlord’ daripada parti itu yang didakwa akan menyertai blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Ahmad Zahid berkata tindakan itu sememangnya telah dijangka UMNO sejak awal lagi.

Ketika ditanya samada Khairy Jamaluddin antara nama yang akan sertai PN, kata Hamzah, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan